HELSINKI: Lima disahkan maut selepas dua helikopter bertembung di kawasan hutan di barat daya Finland berhampiran Lapangan Terbang Eura, menurut polis pada Sabtu. Polis memaklumkan bahawa perlanggaran di udara itu berlaku berhampiran bandar kecil Kauttua dengan serpihan bangkai helikopter ditemukan kira-kira 700 meter dari jalan Ohikulkutie. “Lima orang terkorban dalam kemalangan helikopter berhampiran Lapangan Terbang Eura pada Sabtu,” kata Ketua Penyiasat Detektif, Johannes Siirilä dari Biro Penyiasatan Kebangsaan Finland. Menurut…










