Perang Gaza dorong ramai pegawai tentera Israel letak jawatan

Perang Gaza dorong ramai pegawai tentera Israel letak jawatan

KENDERAAN tentera Israel mengangkut askar ke zon penampan yang dikawal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Dataran Tinggi Golan, pada 18 Disember lepas.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Ratusan pegawai tentera Israel meletak jawatan sepanjang tahun ini, didorong oleh beberapa faktor termasuk bebanan perang berterusan di Gaza dan cabaran ekonomi.

Menurut akhbar, Israel Hayom, seramai 500 pegawai berpangkat kolonel muda menamatkan perkhidmatan mereka tahun ini.

Laporan tersebut mendakwa angka itu mengejutkan dan berisiko menjejaskan rancangan tentera untuk meningkatkan jumlah pegawai serta askar, terutama ketika perang berterusan di Gaza.

Akhbar itu mendakwa, gelombang peletakan jawatan berpunca oleh beberapa faktor utama, termasuk perang yang berlanjutan selama dua tahun berturut-turut.

“Tekanan besar yang dihadapi oleh pegawai ketika ini adalah situasi perang yang berlanjutan.

“Saya rasa seolah-seolah jentolak sedang menghancurkan tubuh saya sepanjang tahun lalu,” dakwa seorang pegawai yang sudah menamatkan perkhidmatan.

Akhbar tersebut juga mendakwa, Israel dijangka bergelut dengan kekurangan anggota tentera untuk berada di medan perang.

Menurut akhbar, krisis tenaga kerja dalam tentera boleh diklasifikasikan sebagai ancaman strategik kepada seluruh negara Israel.

“Jika pegawai perkhidmatan tetap meninggalkan tentera, sudah tentu pengganti tidak mencukupi. Kesannya, pegawai kurang pengalaman akan menggantikan mereka.

“Kejayaan tentera bukan semata-mata bergantung pada kereta kebal atau pesawat, tetapi kepada individu yang mengendalikannya,” dakwa akhbar.– AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN