Pelajar Melayu paling ramai jadi mangsa buli

Pelajar Melayu paling ramai jadi mangsa buli

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Isu buli dalam kalangan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagaikan tiada kesudahan apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan 391 kes sepanjang 2023 sehingga Oktober lalu.

Berdasarkan kes yang diterima, sebanyak 354 kejadian buli membabitkan pelajar sekolah manakala 37 lagi melibatkan pelajar IPTA.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata kepada Utusan Malaysia, laporan paling tinggi diterima membabitkan siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan iaitu dengan 246 kes diikuti Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh (47 kes).

Beliau berkata, sepanjang tempoh sama, turut direkodkan iaitu sebanyak 41 laporan membabitkan siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan Seksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah (34 kes) serta lain-lain seksyen siasatan.

“Berdasarkan rekod yang ada, selangor mencatatkan kes buli tertinggi membabitkan pelajar sekolah bagi kedua-dua tahun ini apabila sebanyak 21 kes direkodkan pada 2023 dan meningkat 24 kes bagi awal tahun ini sehingga Oktober lalu.

“Bagi kes buli di peringkat IPTA pula, Selangor merekodkan kes tertinggi pada tahun lalu iaitu dengan enam kes manakala tahun ini, Pahang, Kuala Lumpur dan Selangor masing-masing mencatatkan laporan tertinggi babit buli iaitu empat kes,” katanya di sini semalam.

Mengulas lebih lanjut, Razarudin berkata, pelajar berbangsa Melayu paling ramai dilaporkan menjadi mangsa buli iaitu dengan 269 orang diikuti Cina (56 orang) ; India (38 orang) dan lain-lain bangsa (37 orang).

Razarudin menegaskan terdapat beberapa faktor yang menyebabkan buli di sekolah dan IPTA,  termasuk wujudnya kumpulan pelajar berkelakuan seperti samseng.

Beliau berkata, kebanyakan kes berpunca daripada ejek-mengejek sehingga pergaduhan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN