Israel hubungi Assad di WhatsApp selama bertahun?

Israel hubungi Assad di WhatsApp selama bertahun?

BASHAR AL-ASSAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Israel dilaporkan terlibat dalam komunikasi rahsia dengan bekas Presiden Syria, Bashar al-Assad, sejak beberapa tahun kebelakangan ini melalui aplikasi pemesejan WhatsApp.

Menurut laporan akhbar Yedioth Ahronoth, Israel menjalankan operasi rahsia untuk menjalin hubungan dengan Assad dan lingkaran dalamannya, dengan menghantar mesej melalui ejen perisikan yang menyamar sebagai ‘Musa’ di WhatsApp.

Mesej tersebut dikatakan sampai kepada pegawai berpangkat tinggi di Damsyik.

Satu operasi dilaporkan bertujuan untuk berunding perjanjian rahsia, di mana Assad akan menghentikan pemindahan senjata ke Lubnan sebagai pertukaran untuk penarikan sekatan antarabangsa terhadap rejimnya.

Laporan itu turut mendakwa, menjelang akhir 2019, ketua agensi perisikan Israel, Yossi Cohen, dijadualkan bertemu Assad di Kremlin.

Bagaimanapun, Assad didakwa menarik diri daripada mesyuarat tersebut.

Direktorat Perisikan Tentera Israel, dikenali sebagai Aman, didakwa menghantar mesej kepada bekas Menteri Pertahanan Syria, Ali Abbas, selepas serangan udara Tel Aviv ke sasaran yang dikatakan berkaitan dengan Iran atau Hezbollah di Syria.

Assad, yang memimpin Syria selama hampir 25 tahun, melarikan diri ke Russia selepas kumpulan pejuang menguasai Damsyik pada 8 Disember, menamatkan pemerintahan Parti Baath yang berkuasa sejak 1963.

Pengambilalihan itu berlaku selepas pejuang Hayat Tahrir al-Sham menawan bandar-bandar utama dalam serangan yang berlangsung kurang daripada dua minggu.– ANADOLU

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN