TEHERAN: Iran menyambung semula penerbangan hari ini selepas penggantungan sementara pada petang sebelumnya dengan alasan ‘sekatan operasi’. Menurut Pertubuhan Penerbangan Awam Iran, penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini di Teheran dibenarkan beroperasi semula selepas pihak berkuasa memastikan keadaan sesuai dan selamat. Televisyen negara melaporkan, semua penerbangan domestik dan antarabangsa disambung semula pada Isnin. “Pada masa ini, tiada sekatan untuk penerbangan domestik dan antarabangsa,” kata Pertubuhan Penerbangan Awam. Penggantungan singkat…