Beri peluang setiap kanak-kanak kembangkan potensi - Utusan Malaysia

Beri peluang setiap kanak-kanak kembangkan potensi

HAMIDAH Khamis (tengah) menyampaikan cenderamata kepada salah seorang penerima pada Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak Bakti 2026 di Cyberjaya, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Setiap kanak-kanak termasuk dalam kalangan orang kurang upaya (OKU) mempunyai potensi dan keistimewaan tersendiri yang perlu diberi ruang untuk berkembang serta diketengahkan tanpa mengira latar belakang atau keupayaan.

Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), Datin Seri Hamidah Khamis berkata, usaha memastikan kebajikan dan perkembangan kanak-kanak memerlukan kerjasama semua pihak, termasuk ibu bapa, pendidik dan masyarakat.

“Setiap anak amat berharga. Setiap anak berhak disayangi dan diberikan peluang untuk membina masa depan yang lebih cerah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Masyarakat perlu terus membudayakan sikap prihatin, saling menghormati dan menerima kepelbagaian supaya setiap kanak-kanak dapat membesar dengan penuh keyakinan,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak Bakti 2026 di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, di sini, hari ini.

Program anjuran Bakti itu menghimpunkan kanak-kanak daripada Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), prasekolah, sekolah rendah dan menengah serta rumah anak yatim.

Dalam pada itu, beliau yakin kanak-kanak OKU juga berpotensi mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang profesional termasuk sebagai doktor dan jurutera.

“Ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam membentuk perkembangan anak-anak dengan memberikan perhatian, kasih sayang dan didikan yang sempurna.

“Usaha membesarkan dan mendidik anak-anak bukan hanya tanggungjawab ibu bapa, sebaliknya memerlukan kerjasama semua pihak termasuk pendidik, institusi pendidikan dan masyarakat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini