JOHOR BAHRU: Kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh terhadap Naib Presiden DAP, Teresa Kok dibimbangi akan menjejaskan sokongan pengundi Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota. Malah, Naib Presiden DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menyifatkan kenyataan itu tidak beradab dan tidak menggambarkan sikap seorang Muslim. Beliau mendakwa telah menerima respons kurang memberangsangkan tentang isu tersebut daripada pengundi di kawasan DUN…










