DHAKA: Ketua kerajaan sementara Bangladesh, Muhammad Yunus meminta Sheikh Hasina berdiam diri semasa dalam buangan di India sehingga beliau dibawa pulang untuk dibicarakan. Ini susulan kenyataan umum yang dibuat bekas Perdana Menteri itu, seminggu selepas tiba di India, menyeru warga Bangladesh berkumpul di Dhaka untuk memperingati pembunuhan bapanya, wira kemerdekaan Sheikh Mujibur Rahman pada 1975. Kenyataan Hasina dilihat sebagai usaha provokatif untuk menggerakkan ahli parti Liga Awami dan menjejaskan undang-undang…