Hannah Yeoh tegur, minta media lapor isu banjir lebih tepat

Hannah Yeoh tegur, minta media lapor isu banjir lebih tepat

HANNAH Yeoh ketika sidang media selepas majlis pelancaran penjenamaan stesen MRT Raja Uda – Institut Jantung Negara. - UTUSAN/ M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengamal media diminta melaporkan kejadian banjir dengan lebih tepat khususnya dari segi lokasi bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh berkata, ini kerana terdapat sesetengah laporan media yang mengaitkan kejadian banjir dengan Kuala Lumpur walaupun lokasi sebenar kejadian berkenaan berada di luar kawasan pentadbiran ibu negara.

“Apabila laporan banjir menyebut Kuala Lumpur dan orang ramai akan menganggap kejadian itu berlaku di ibu negara, sedangkan lokasi sebenar bukannya berada dalam ibu negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Laporan berita mengenai hotspot banjir kena tepat. Kalau bukan dalam Kuala Lumpur, jangan sebut ‘KL’ sebab mengelirukan. Apabila video dalam media sosial viral, orang tidak tahu Kawasan ini Kawasan apa. Semua ingat ia sebenarnya ibu negara,” katanya ketika menghadiri Majlis Pelancaran Stesen MRT Raja Uda–Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

Hannah berkata, ketepatan maklumat lokasi amat penting bagi memastikan aduan orang ramai disalurkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang bertanggungjawab, sekali gus membolehkan tindakan sewajarnya diambil dengan segera.

“Kalau maklumat tidak tepat aduan juga tidak sampai kepada PBT yang bertanggung jawab dan susah untuk mereka mengambil tindakan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Hannah berkata, semua kontraktor pembersihan di 10 Kawasan hotspot banjir di ibu negara perlu memastikan kawasan seliaan masing-masing sentiasa bersih dan diselenggara dengan baik.

“Kita ada banyak penambahbaikkan yang boleh diusahakan dan saya mahu kontraktor pastikan semua Kawasan seliaan di hotspot masing-masing bersih,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini