MRT, IJN jalin kerjasama perkukuh perkhidmatan kesihatan, pengangkutan awam

MRT, IJN jalin kerjasama perkukuh perkhidmatan kesihatan, pengangkutan awam

MAJLIS pelancaran penjenamaan stesen MRT Raja Uda – Institut Jantung Negara disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.- UTUSAN/ M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Stesen MRT Raja Uda kini dijenamakan semula kepada MRT Raja Uda–Institut Jantung Negara (IJN) dalam usaha memperkukuh hubungan antara kemudahan pengangkutan awam dengan perkhidmatan kesihatan.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Institut Jantung Negara (IJN) Datuk Dr Shaiful Azmi Yahaya berkata, langkah tersebut dapat menjadi sebagai sebahagian penyampaian maklumat berkaitan kesihatan jantung kepada pengguna menerusi perkhidmatan pengangkutan awam.

“Mesej mengenai pencegahan penyakit jantung, amalan gaya hidup sihat dan kepentingan pemeriksaan kesihatan disampaikan kepada masyarakat di luar persekitaran hospital.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Usaha berkenaan juga dapat membantu memupuk kesedaran sejak usia muda mengenai kepentingan menjaga kesihatan jantung, di samping menggalakkan orang ramai mendapatkan maklumat serta nasihat kesihatan daripada pihak yang berkelayakan,” katanya ketika menghadiri Majlis Pelancaran dan Penjenamaan Stesen MRT Raja Uda–Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

Majlis tersebut turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri TPr Fadlun Mak Ujud serta Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Mohd Zarif Hashim.

Menurut Dr. Shaiful Azmi, menerusi kerjasama itu, nama IJN akan dipaparkan sebagai sebahagian daripada identiti stesen berkenaan melalui papan tanda, peta laluan serta pengumuman dalam tren di sepanjang Laluan MRT Putrajaya.

Dalam pada itu, Hannah berkata, inisiatif itu juga dilihat selari dengan usaha Kementerian Kesihatan untuk mempromosikan pelancongan kesihatan termasuk menerusi pelbagai program kesedaran dan promosi yang dilaksanakan tahun ini serta dirancang untuk tahun depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini