Syed Saddiq tandatangan CSA, mahu reformasi dilaksana segera

Syed Saddiq tandatangan CSA, mahu reformasi dilaksana segera

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berharap reformasi institusi yang dipersetujui menerusi Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) dapat diluluskan di Parlimen segera sebelum pilihan raya akan datang.

Beliau berkata, antara reformasi utama yang perlu diberi keutamaan adalah pengasingan kuasa antara Peguam Negara dengan pendakwa raya, mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum dua penggal serta memastikan peruntukan pembangunan diagihkan secara adil dan saksama kepada Ahli Parlimen.

“Peruntukan tanpa diaktakan tidak akan membawa perubahan yang besar. Sebab itu dalam perjanjian tersebut, pihak yang menandatangani perlu menyokong pindaan Perlembagaan berkaitan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dengan pendakwa raya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Reformasi berkenaan juga penting bagi mengurangkan pemusatan kuasa di tangan Perdana Menteri, sekali gus memastikan perubahan yang dilaksanakan tidak terhad kepada pentadbiran semasa, tetapi diteruskan oleh kerajaan akan datang,” katanya selepas menandatangani perjanjian CSA di Bangunan Parlimen, hari ini.

Majlis menandatangani perjanjian itu turut dihadiri oleh enam Ahli Parlimen Bersatu iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh), Datuk Radzi Jidin (Putrajaya), Mohd Nazri Abu Hassan (Merbok), Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (Langkawi), Datuk Ali Biju (Saratok) dan Datuk Azman Nasrudin (Padang Serai).

Turut menandatangani perjanjian itu ialah enam ahli Parlimen lain yang pernah digantung keahliannya daripada Bersatu.

Perjanjian itu disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said serta Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Mengulas rundingan yang membawa kepada perjanjian itu, Syed Saddiq berkata, beliau telah melalui lapan sesi rundingan dan menyifatkan persetujuan yang dicapai sebagai perkembangan positif selepas usaha selama kira-kira dua tahun setengah.

Jelasnya, perjanjian berkenaan turut membuka ruang kepada usaha menggubal undang-undang bagi memastikan peruntukan Parlimen diagihkan secara adil kepada semua kawasan, tanpa mengira parti yang diwakili.

“Kita tidak mahu budaya peruntukan Parlimen diberikan kepada kawan tetapi dihilangkan dari pihak lawan.

“Saya harap peluang yang sama dapat diberikan kepada semua blok pembangkang kerana peruntukan yang adil dan saksama ini merupakan hak semua kawasan Parlimen,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini