The Rayhan bakal gegarkan pentas konsert sulung - Utusan Malaysia

The Rayhan bakal gegarkan pentas konsert sulung

The Rayhan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kumpulan nasyid A.N.A The Rayhan bakal mengadakan konsert sulung mereka menerusi Konsert The Rayhan Syukur 2026, sekali gus menghimpunkan semula tiga bekas anggota kumpulan Raihan, iaitu Nazrey Johani, Amran Ibrahim dan Zulfadzli Mustaza atau Ah Fad.

Konsert anjuran Bintang Batu Event, Magnificent G Ventures dan Million Delight Sdn Bhd itu membawa harapan untuk mengembalikan keharmonian vokal yang pernah menjadi identiti Raihan dan dirindui peminat sejak sekian lama.

Nazrey berkata, gabungan tiga anggota berkenaan menjadi tunjang utama projek itu bagi memastikan identiti vokal dan muzik yang dikenali peminat dapat dikekalkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, kerjasama yang bermula sejak Ramadan lalu bukan sahaja membawa kepada perancangan konsert berskala besar, malah mereka turut menyiapkan tiga single baharu, termasuk sebuah lagu bertemakan Ramadan dan dua lagu raya.

Konsert itu turut menampilkan pemuzik berpengalaman yang pernah terlibat dalam persembahan Raihan sebelum ini.

Pengarah persembahan, Aznan Alias akan mengetuai barisan pemuzik termasuk Ujang Exist, Mohar dan Paang Zaman.

Selain itu, penyanyi legenda Herman Tino dan penyanyi Indonesia, Opick turut dijadualkan tampil sebagai artis undangan bagi memeriahkan konsert berkenaan.

Konsert The Rayhan Syukur 2026 dijangka menjadi peluang buat kumpulan itu mengubat kerinduan peminat terhadap harmoni vokal mereka, selain membuka lembaran baharu dalam perjalanan seni A.N.A The Rayhan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini