Hantaran jelik terhadap Polis Kelantan isu Rohingya, tiga kertas siasatan dibuka

Hantaran jelik terhadap Polis Kelantan isu Rohingya, tiga kertas siasatan dibuka

MOHD. Yusoff Mamat (tengah) semasa sidang media selepas melakukan lawatan di pesisir Sungai Kelantan di Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengakalan Kubor, Tumpat, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Polis Kelantan sudah membuka tiga kertas siasatan berhubung hantaran jelik di media sosial yang menyasarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan isu etnik Rohingya.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, ketiga-tiga kes itu disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Katanya, susulan itu seorang lelaki tempatan telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung hantaran jelik tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya kepada pemberita di Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengakalan Kubor sini hari ini.

Sebelum itu, Mohd. Yusoff melakukan tinjauan di kawasan pesisir Sungai Kelantan yang menjadi lokasi baharu penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) susulan penutupan pangkalan haram di Sungai Golok.

Mengulas lanjut, Mohd. Yusoff memberitahu, tindakan itu bukan bertujuan menyekat kebebasan masyarakat untuk mengkritik atau menegur pihak polis.

Katanya, ia bagi memastikan teguran yang dilakukan tidak melampaui batas.

“Namun, penghinaan melampau, tuduhan dan fitnah hingga salah faham, akan diambil tindakan kerana ia boleh menjejaskan ketenteraman awam,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini