Bekas menteri Singapura mengaku terima rasuah

Bekas menteri Singapura mengaku bersalah terima hadiah

BEKAS Menteri Pengangkutan Singapura, S. Iswaran (tengah) dituduh mengambil sogokan bernilai ratusan ribu dolar daripada hartawan, Ong Beng Seng.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Bekas Menteri Pengangkutan Singapura, S. Iswaran mengaku bersalah menerima hadiah semasa memegang jawatan, selepas pihak pendakwa menggantikan dua dakwaan rasuah dengan tuduhan lebih ringan di bawah Seksyen 165.

Seksyen tersebut menetapkan bahawa perbuatan penjawat awam menerima atau memperoleh hadiah dari pihak yang mempunyai urusan rasmi dengannya, adalah satu kesalahan.

Lapor Channel News Asia, pendakwa raya turut mengurangkan pertuduhan yang dihadapi Iswaran kepada lima daripada 35 pertuduhan asal, lapor

Iswaran ditahan pada Julai tahun lalu dan dituduh mengambil sogokan bernilai ratusan ribu dolar daripada hartawan, Ong Beng Seng, sebahagiannya untuk memajukan kepentingan perniagaan Beng Seng, yang tidak didakwa atas sebarang kesalahan.

Iswaran, 62 tahun, merupakan anggota politik pertama di Singapura yang dibicarakan di mahkamah dalam tempoh hampir lima dekad.

Selain pengamal media yang berada di Mahkamah Tinggi sejak pagi tadi, terdapat beberapa orang awam yang turut menunggu untuk mendapatkan nombor giliran yang membolehkan mereka menyaksikan perbicaraan Iswaran.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×