KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon, Ain Edruce meluahkan kerisauan terhadap kes pembunuhan membabitkan pelajar sekolah yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.
Menurut Ain, 35, perkara itu sedikit sebanyak mempengaruhi keputusannya untuk menetapkan anak -anaknya bersekolah di rumah bagi keselamatan mereka.
“Banyak sekarang kes budak-budak sekolah tikam
dan bunuh. Jadi takut nak hantar anak pergi sekolah.
“Saya takut sampai terfikir nak anak bersekolah di rumah sahaja sebab kes-kes ini.
“Saya sahaja yang berfikiran macam ini atau ada mak lain berfikiran sama?” katanya dalam Thread.
Terdahulu, beberapa kes jenayah berat membabitkan kes bunuh dan cubaan bunuh melibatkan warga sekolah (pelajar) di Malaysia telah dilaporkan dan sedang dikendalikan oleh pihak mahkamah.
Antara yang mencuri perhatian adalah kes kematian Pelajar perempuan Tingkatan 4, Irene Sofiya ditemukan maut berlumuran darah di dalam dewan sekolah selepas waktu kelas tambahan selain Seorang pelajar lelaki Tingkatan 2, Muhamad Idlan Fareeq yang maut akibat dibuli di asrama sekolah.- UTUSAN











