Tingkat penguatkuasaan bendung jenayah alam sekitar di Pahang - Tengku Hassanal - Utusan Malaysia

Tingkat penguatkuasaan bendung jenayah alam sekitar di Pahang – Tengku Hassanal

TENGKU HASSANAL IBRAHIM ALAM SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Agensi penguatkuasa diminta meningkatkan aktiviti penguatkuasaan dan bertindak lebih tegas membendung kegiatan jenayah alam sekitar di negeri ini.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, ia perlu dilakukan secara berterusan membabitkan pelbagai agensi penguatkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta pihak berkuasa tempatan (PBT).

Baginda menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) PDRM diketuai Datuk Muhammed Hasbullah Ali di atas kejayaan menumpaskan kilang haram memproses sisa elektronik (e-waste) tanpa lesen di Salong, Pekan dan Bukit Ibam, Muadzam Shah, Rompin.

“Siasatan terhadap kes tersebut perlu dibuat secara telus dan tanpa kompromi membabitkan mana-mana pihak.

“Saya juga menzahirkan sokongan penuh agar PDRM mempergiatkan dan meneruskan lagi operasi-operasi membanteras aktiviti haram di negeri Pahang in,” titah baginda dalam kenyataan di sini hari ini.

Tengku Hassanal juga bertitah agar semua pihak perlu menjunjung titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar menjaga khazanah berharga seperti flora dan fauna serta sumber air di negeri ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN