Sivasangari juara Terbuka Silicon Valley

Sivasangari juara Terbuka Silicon Valley

Sivasangari (kanan) bersama pemain Mesir, Mohamad Zakariia menjuarai Terbuka Silicon Valley di Redwood City, California, Amerika Syarikat, semalam. - Ihsan svopensquash
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bintang skuasy No. 4 dunia, S. Sivasangari mendakap gelaran keempat pada kejohanan berstandard Gold, selepas menjuarai Terbuka Silicon Valley di Redwood City, California, Amerika Syarikat, semalam.

Anak jati Sungai Petani, Kedah itu yang diletakkan sebagai pilihan ketiga membenam wakil Mesir yang menghuni ranking No. 20 dunia, Farida Mohamed 11-7, 11-6, 11-8 dalam masa 31 minit pada final.

Sivasangari yang masih segar dengan kejayaannya memenangi pingat emas Sukan Asia Aichi-Nagoya dan meraih tiket ke Temasya Olimpik, merangkul gelaran sulungnya pada Jelajah Dunia PSA bagi musim 2026/27.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sewaktu ditemu bual selepas perlawanan berakhir, Sivasangari melahirkan rasa gembira kerana berjaya merangkul gelaran keempat pada kejohanan berstandard Gold.

“Mengimbas kembali sejarah penyertaan saya di Silicon Valley, saya tewas pada separuh akhir dalam penyertaan pertama dan tahun lalu pula, saya kalah di final.

“Saya gembira dengan cara saya bermain sepanjang minggu ini. Saya akui sedikit tertekan kerana rata-rata pencabar saya berstatus ‘underdog’ yang mana mereka berada pada ranking lebih rendah,” katanya.

Menurutnya, semua pemain yang berada dalam kelompok empat terbaik tersingkir kecuali dirinya dan ia turut meninggalkan beban bagi memenuhi jangkaan ramai.

Jelas Sivasangari, dia gembira caranya mengendalikan permainan dan terus mengekalkan ketenangan untuk menang dalam tiga games.

“Cukup jelas saya sudah memenangi gelaran pada kejohanan berstandard Gold dan sewaktu musim ini hendak membuka tirai saya beritahu kepada diri sendiri sasaran kali ini mesti mara sehingga ke separuh akhir pertandingan Platinum dan ia telah pun dilakukan.

“Sekarang saya perlu ambil satu langkah lagi ke depan untuk memburu gelaran pada kejohanan Platinum pula,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini