Dua maut kemalangan bas ekspres, treler di Muadzam Shah - Utusan Malaysia

Dua maut kemalangan bas ekspres, treler di Muadzam Shah

DUA disahkan maut dalam kemalangan membabitkan bas ekspres dan treler di Jalan Bahau-Keratong di Rompin, Pahang. - GAMBAR IHSAN JBPM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Dua disahkan meninggal dunia dalam kejadian kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres dan sebuah treler di Jalan Bahau-Keratong awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Nor Azman Yusof berkata, kejadian dianggarkan berlaku pada pukul 1.30 pagi yang mana kesemua mangsa terlibat dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk tindakan selanjutnya.

Bagaimanapun maklumat lengkap berkaitan kejadian masih belum diperolehi setakat ini.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang memaklumkan seramai tiga pegawai, 33 anggota, dan lapan jentera dari lima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah, Chini, Jempol, Segamat dan Jalan Abdullah Segamat untuk ke lokasi kejadian.

Menurut JBPM Pahang, bas ekspres itu membawa rombongan guru Sekolah Kebangsaan Jeram, Masjid Tanah, Melaka menuju ke Terengganu.

Difahamkan seramai 38 mangsa termasuk seorang pemandu di dalam bas itu dan seorang pemandu treler terlibat dalam kejadian berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN