PRK KKB: MIC sediakan pengangkutan untuk pengundi India - Utusan Malaysia

PRK KKB: MIC sediakan pengangkutan untuk pengundi India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: MIC akan menyediakan pengangkutan percuma bagi membantu pengundi India di Kuala Kubu Baharu untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung pada 11 Mei ini.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri M. Saravanan berkata, MIC akan menyediakan sebanyak 93 kenderaan yang terdiri daripada kereta dan van.

“Kita sediakan (pengangkutan) di semua daerah kerana ada juga pengundi yang mengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) ini tetapi menetap di luar Kuala Kubu Baharu.

“Contohnya, di Nigel Gardner, sebelum ini ramai bekerja di sektor perladangan, namun sudah berhijrah ke Batang Berjuntai. Maka, kita beri pengangkutan percuma khususnya kepada masyarakat India,” katanya ketika ditemui peberita di Kampung Pasir, Kerling, di sini hari ini.

PRK Kuala Kubu Baharu menyaksikan saingan empat penjuru antara Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Saravanan yang juga merupakan Ahli Parlimen Tapah itu berkata, beliau mendapati persepsi masyarakat India sudah mula berubah dan semakin terbuka.

“Perkembangan itu kita dapat menerusi ceramah kelompok dan perjumpaan bersama pengundi yang kita laksanakan sehingga hari ini.

“Walaupun di peringkat awal itu ada juga komuniti India yang tidak tentu arah dan masih fikir tak perlu (mengundi), tetapi kita lihat ada perubahan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya