ALOR SETAR: Setelah empat kali terpaksa menangguhkan hasrat menunaikan Rukun Islam kelima, Razali Hussin akhirnya lega apabila berpeluang menunaikan ibadah haji tahun ini. Razali, 70, bersama isterinya, Rokiah Bakar, 60, antara 142 bakal jemaah haji yang menaiki penerbangan pertama KT001K dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), di sini. “Alhamdulillah hanya lafaz syukur yang saya dan isteri mampu ungkapkan apabila impian kami menunaikan fardu haji akhirnya tercapai pada tahun ini.…