Haji 2026 berlangsung bebas wabak

Haji 2026 berlangsung bebas wabak

JEMAAH haji Malaysia bergerak untuk menunaikan ibadah melontar di Kompleks Jamarat di Mina, Mekah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Musim haji 2026/1447H berlangsung tanpa sebarang penularan wabak atau ancaman kesihatan awam manakala tahap kesihatan jemaah berada dalam keadaan terkawal.

Menteri Kesihatan Arab Saudi, Fahad AlJalajel berkata, kejayaan itu dicapai walaupun dunia ketika ini berdepan beberapa cabaran kesihatan antarabangsa termasuk penularan Ebola dan kes Hantavirus di beberapa negara.

Katanya, pemantauan epidemiologi berterusan dan tahap kesiapsiagaan tinggi mengesahkan tiada sebarang kes membabitkan penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan jemaah sepanjang musim haji.

“Kejayaan ini turut membuktikan tahap kesiapsiagaan sistem kesihatan negara serta kerjasama bersepadu antara pelbagai agensi kerajaan dalam menguruskan perhimpunan manusia terbesar dunia itu.

“Arab Saudi menyedari tanggungjawab globalnya dalam melindungi kesihatan manusia ketika musim haji yang menghimpunkan jutaan umat Islam,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut beliau, pihak kesihatan Arab Saudi beroperasi sepanjang masa dengan menyediakan perkhidmatan pencegahan, rawatan, kecemasan dan pendidikan kesihatan secara menyeluruh kepada jemaah.

Kementerian itu merakamkan penghargaan terhadap sokongan kepimpinan negara selain kerjasama Jawatankuasa Tertinggi Haji, jawatankuasa tetap haji dan umrah di Mekah serta Madinah, petugas kesihatan dan keselamatan dalam memastikan kebajikan jemaah terpelihara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN