Sanusi dakwa Kerajaan Perpaduan reka cerita buruk tentang pembangkang - Utusan Malaysia

Sanusi dakwa Kerajaan Perpaduan reka cerita buruk tentang pembangkang

MUHAMMAD Sanusi ketika berucap di Majlis Pengumuman Calon Perikatan Nasional pada PRK Kuala Kubu Bharu di Hulu Selangor, Selangor, hari ini. - UTUSAN / M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mendakwa Kerajaan Perpaduan tidak memberi tumpuan dalam menyelesaikan masalah negara sebaliknya fokus reka cerita keburukan pembangkang

Muhammad Sanusi yang juga merupakan Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu mendakwa mendakwa pembangkang kini setiap hari diserang oleh kerajaan.

Sehubungan itu, menurut beliau, ia bermakna kerajaan tidak memberi fokus kepada tugas hakikinya.

“Tanya Tan Sri (Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin) semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Kita tidak akan mempunyai waktu untuk reka keburukan orang lain kerana kita mempunyai waktu yang terhad untuk fikir macam mana nak membawa negara kedepan.

“Kalau sudah menjadi kerajaan tetapi mempunyai banyak waktu untuk merancang, memfitnah dan menghentam orang lain. Hang (kamu) tidak buat kerja,” katanya semasa Majlis Pengumuman Calon di Oasis Seksyen 4, Bandar Utama Batang Kali sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu turut mendakwa kerajaan hanya tahu mengecam pihak lawan sejak awal terbabit dengan politik.

“Dia (kerajaan) tidak tahu nak buat kerja lain maka bila sudah menjadi Kerajaan Persekutuan kerjanya pun masih terus menghentam kita,” katanya.

Tambahnya, beliau enggan melayani kecaman daripada pihak kerajaan kerana lebih ingin memberi fokus dalam mentadbir negeri jelapang padi itu.

“Saya ada masa yang sangat terhad untuk memimpin kerajaan negeri Kedah (supaya dapat) pergi lebih kedepan. Sebab itu saya tidak jawab.

“Kita memang tidak ada masa nak cari keburukan orang tetapi kita tengok senario dan situasi semasa, kita sudah tahu serta membuat penilaian kerajaan ini kalau dibiarkan berlama-lama memimpin negara ini (maka) akan hancur,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×