PRK KKB: PN pertaruh Khairul Azhari - Utusan Malaysia

PRK KKB: PN pertaruh Khairul Azhari

KHAIRUL Azhari (tengah) diapit Muhyiddin pada Majlis Pengumuman Calon Perikatan Nasional pada PRK Kuala Kubu Bharu di Hulu Selangor, Selangor, hari ini. - UTUSAN / M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Perikatan Nasional (PN) menamakan Khairul Azhari Saut sebagai calon yang akan mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.06 Kuala Kubu Baharu yang dijangka berlangsung pada 11 Mei ini.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Majlis Pengumuman Calon di Oasis Seksyen 4, Bandar Utama Batang Kali sebentar tadi.

Khairul Azhari akan menjadi taruhan PN bagi merampas Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut yang dikuasai oleh DAP sejak tahun 2013.

Beliau akan bersaing dengan calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao yang juga merupakan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Khairul Azhari merupakan pemangku Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor,

PRK Kuala Kubu Baharu diadakan selepas penyandang kerusi tersebut, Lee Kee Hiong meninggal dunia pada 21 Mac lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini dan 27 April sebagai hari penamaan calon.

Hari pengundian awal pula ditetapkan 7 Mei ini dengan tempoh berkempen selama 14 hari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN