Najib: DAP hormati keputusan mahkamah - Utusan Malaysia

Najib: DAP hormati keputusan mahkamah

TEO NIE CHING berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-47 Persekutuan Persatuan-Persatuan Perniagaan Emas dan Permata Malaysia di Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: DAP akan menghormati keputusan dibuat mahkamah berkaitan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya beliau menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan di rumah.

Walau bagaimanapun, Ketua Wanita DAP, Teo Nie Ching enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut kerana ia di bawah bidang kuasa institusi kehakiman.

“Saya tidak mahu komen banyak sebab dalam kes Datuk Seri Najib, pendirian DAP adalah jelas bahawa beliau bersalah. Kita telah berkempen tentang perkara itu selama beberapa tahun dan beliau juga telah dijatuhkan hukuman.

“Jadi  berhubung isu ini (tahanan di rumah), kita akan menghormati, kita tidak boleh kata tidak terima kerana semasa beliau dijatuhkan hukuman bersalah, itu juga merupakan keputusan mahkamah,” katanya ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-47 Persekutuan Persatuan-Persatuan Perniagaan Emas dan Permata Malaysia, di sini hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu mendapatkan kebenaran semakan kehakiman titah adendum atau tambahan titah Al-Sultan Abdullah di Mahkamah Tinggi Putrajaya pada 1 April lalu.

Dalam notis permohonan itu, beliau memohon perintah untuk semua atau seorang responden melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah (ketika itu) dan dengan serta-merta memindahkannya dari Penjara Kajang ke kediamannya.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut enggan mengulas isu berkenaan dan memaklumkan ia di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan melibatkan Yang di-Pertuan Agong serta raja-raja Melayu.

“Saya tidak mahu terlibat perbincangan soal titah adendum dan sebagainya, ini bidang kuasa lembaga pengampunan dan wewenang sepenuhnya Agong atau raja-raja Melayu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN