Anwar kena contohi Muhyiddin, Ismail

Anwar kena contohi Muhyiddin, Ismail

Pas menyarankan Anwar Ibrahim mencontohi Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemimpin Pas menyarankan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim mencontohi pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang masih mengekalkan ke­amanan negara dan kesejahte­raan rak­yat meskipun negara baharu berdepan wabak Co­vid-19.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad Yahya berkata, situasi hari ini dilihat sema­kin mencabar kerana banyak perkara berkaitan perkauman yang mana perkara sebegini tidak berlaku ketika pentadbiran sebelum Anwar memegang tampuk pemerintahan.

Menurut beliau, faktor ke­pimpinan Anwar dan PKR yang dikatakan sering tidak menunaikan janji antara sebab me­ngapa situasi pentadbiran negara dan politik hari ini tidak tenang, termasuk hal-hal berkaitan umat Islam.

“Cuba renung kembali, pada ketika negara berdepan musibah yang kita tidak pernah alami iaitu di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin me­ngendalikan Co­vid-19 dan dipimpin Datuk Seri Ismail Sabri. Saya kira sewaktu Ismail sudah berjaya menjadikan Malaysia tenang dan meraikan pembangkang.

Malah, kita jarang dengar isu seperti yang berlaku hari ini.
“Ada itu ada, tetapi biasalah..tidak sampai ke peringkat jadi seperti tidak selesa dan huru-hara.

“Jadi pada pandangan saya, Perdana Menteri yang memimpin dan parti yang sering membuat janji tetapi tidak tepati, ini faktor paling besar..terlalu banyak janji tetapi banyak janji tidak dibuat,” katanya.
Ahmad dalam masa sama turut mempersoal isu perkara asas yang tidak mampu diselesaikan kerajaan sehingga hari ini iaitu ketiadaan beras putih tempatan.

Malah, situasi perkemba­ngan yang berkaitan dengan kejatuhan ekonomi negara turut dipersoal kerana ia memberi kesan kepada rakyat seluruhnya.

“PMX cakap..pergi tanya Ga­benor, ini yang disebut sebagai ‘taichi’.
“Jadi saya lihat sukar untuk kita dapat Malaysia yang damai, aman dan tenteram melainkan Perdana Menteri dan kerajaan betul-betul bekerja sebaik mungkin.

Menteri ekonomi yang hebat dengan teori tetapi nak buat benda yang praktikal iaitu PADU, hampir sebahagian besar bangkit persoal.
“Tetapi kalau tidak selesai, PN bersedia tawar diri untuk menjadi kerajaan selepas ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN