MP Kepala Batas elak jelas bukti Guan Eng keluarga komunis 

Dakwa Lim Guan Eng ada pertalian keluarga dengan komunis, Ahli Parlimen Kepala Batas elak jelaskan bukti

SITI MASTURA MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kepala Batas nampaknya tidak gentar dengan pemimpin DAP yang mahu mengambil tindakan undang-undang selepas mendakwa Pengerusinya, Lim Guan Eng mempunyai hubungan kekeluargaan dengan komunis, Chin Peng.

Dr. Siti Mastura Muhammad juga memberi gambaran tiada penjelasan dan bukti perlu diberikan kepada DAP sama ada dakwaannya itu benar atau sebaliknya.

Beliau juga mengelak daripada menjawab soalan wartawan yang menunggu di luar ruang ahli Parlimen bagi mendapatkan respons selepas Guan Eng meminta bukti berkaitan dakwaan itu.

“Jawapan saya, tonton video sampai habis,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita sebelum beredar di Parlimen hari ini.

Terdahulu dalam sidang akhbar hari ini, Guan Eng memberi masa dua hari kepada Mastura untuk mengemukakan bukti jika benar beliau mempunyai hubungan kekeluargaan Chin Peng.

Chin Peng atau Ong Boon Hua ialah pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM).

Guan Eng berkata, kegagalan Mastura berbuat demikian berisiko berdepan tindakan undang-undang kerana antaranya mengaitkannya mempunyai hubungan keluarga dengan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.

Beliau sebelum itu menunjukan klip video ucapan yang dimuat naik di media sosial itu menyaksikan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang itu juga mengaitkan Guan Eng dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan pemimpin DAP lain.

Pemimpin DAP yang disebut itu ialah Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim; Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming dan Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN