PETALING JAYA: DAP menggesa UMNO supaya pulang ke pangkal jalan dan kembali menyokong Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan. Penasihat DAP, Lim Guan Eng berkata, UMNO perlu berhenti menjadi ‘gunting dalam lipatan’ dan menghentikan sebarang usaha menggulingkan kepemimpinan sedia ada di Negeri Sembilan. “Saya tetap berpegang dengan pendirian bahawa UMNO tidak harus menjadi gunting dalam lipatan, seharusnya balik ke pangkal jalan dengan menyokong Menteri Besar Negeri Sembilan…









