Nahas pesawat: Semua serpihan sudah diambil dari lokasi

Nahas pesawat: Semua serpihan sudah diambil dari lokasi

ORANG awam yang melalui Persiaran Elmina tidak melepaskan peluang untuk meninjau tapak nahas pesawat Beechcraft di Seksyen U16, Shah Alam, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Siasatan di tapak nahas pesawat Beechcraft 390 di Persiaran Elmina, Seksyen U16, di sini selesai selepas ke­semua serpihannya dibawa keluar dari lokasi berkenaan pada kelmarin.

Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, namun tapak tersebut masih ditutup sehingga kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan kawasan berkenaan selesai.

“Kesemua serpihan dan bangkai pesawat terbabit sudah pun diambil oleh pasukan dari Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) yang mengumpulkannya dari pagi hingga ke petang untuk mereka siasat.

“Sementara kawasan tersebut masih lagi ditutup untuk pihak konsesi lebuh raya dan syarikat pemaju kawasan perumahan Bandar Elmina membaik pulih perabot jalan serta tanaman semula pokok-pokok yang musnah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Utusan Malaysia semalam melaporkan sepuluh pakar dari Amerika Syarikat berada di tapak nahas jet eksekutif itu bersama BSKU bagi menyiasat tragedi yang berlaku pada Khamis lalu.

Pasukan berkenaan yang berada di lokasi nahas semalam, tiba di negara ini malam Ahad lalu dan dijangka berada di sini antara tujuh hingga 10 hari.

Dalam pada itu, Mohd. Iqbal menambah polis tidak lagi membuat kawalan khusus di kawasan berkenaan namun pemantauan terus dilakukan melalui rondaan harian bagi memastikan ke­selamatan peng­guna.

“Difahamkan syarikat pe­maju dan konsesi lebuh raya akan mulakan kerja, sama ada polis ataupun BSKU tidak lagi in-touch secara khusus di lokasi nahas itu,” ujarnya.

Pada Khamis lalu, 10 orang terdiri daripada lapan penum­pang termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pe­langai, Datuk Seri Johari Harun, dua anak kapal maut dalam tragedi pesawat terhempas ketika dalam perjalanan dari Langkawi, Kedah menuju ke Lapangan Terbang Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Subang.

Peristiwa hitam itu turut menyebabkan dua pemandu kereta dan penunggang motosikal maut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×