Melayu perlu nilai hasil kerja DAP – Rara

Melayu perlu nilai hasil kerja DAP – Rara

YOUNG SYEFURA OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Orang Melayu seharusnya menilai DAP dari se sudut gerak kerja yang dilakukan dan bukannya terpedaya dengan tindakan pihak tertentu yang membesarkan isu-isu perkauman.

Malah, isu perkauman dijadikan naratif utama bagi meraih undi Melayu khususnya pada Pi­lihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Mengakui ia bukan perkara mudah untuk ditangani, pe­mimpin DAP, Young Syefura Othman ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, DAP bukanlah parti rasis seperti didakwa banyak pihak kerana gerak kerja yang dilakukan tidak mengambil kira soal perkauman.

Sebaliknya, tegas beliau, manfaat daripada gerak kerja parti itu dapat dirasai oleh semua bangsa.

“Kita dah berbelas kali hadapi pilihan raya dan penubuhan DAP ini pun sudah berpuluh tahun. Cukuplah sentimen takut dengan DAP, bercakap mengenai DAP ini pengkhianat, parti rasis dan sebagainya.

“Kita boleh tengok menteri DAP perform atau tidak. Mereka utamakan rakyat, namun apabila datang sentimen yang pembangkang mainkan, ia memecahbelahkan antara satu sama lain.

“Jadi saya harap khususnya pada orang Melayu yang menolak DAP, nilailah sendiri kerja DAP di bawah Pakatan Harapan (PH). Kita buat kerja dengan baik dan saya sebagai antara wakil DAP berbangsa Melayu akan terus memberi kefahaman yang baik pada semua,” katanya.

Menceritakan pengalamannya, Ahli Parlimen Bentong yang lebih dikenali sebagai Rara berkata, beliau tidak pernah diserang dengan begitu teruk sebagai penolakan mereka terhadap DAP.

“Seingat saya pada 2014, bila kempen rumah ke rumah, ada sekali kami pernah dihalau tetapi saya tidak pernah dicerca, dimaki atau diherdik. Paling kuat pun, yang tidak bersetuju dengan DAP ini, mereka akan diam dan tidak pandang pun muka kita. Dari situ kita fahamlah yang mereka bukan penyokong kita,’’ katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN