RM900,000 untuk pembenihan ikan air tawar, udang, baung - Utusan Malaysia

RM900,000 untuk pembenihan ikan air tawar, udang, baung

ZAHARI SARIP (dua dari kiri) melepaskan benih ikan serta udang ke perairan negeri Johor di Jeti Kampung Tekam, Segamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM900,000 bagi projek pembenihan ikan air tawar dan udang serta penternakan ikan buang di negeri ini, tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Datuk Zahari Sarip berkata, daripada peruntukan berkenaan sebanyak RM750,000 akan digunakan untuk projek pembenihan ikan air tawar dan udang.

“Baki sebanyak RM150,000 khusus untuk projek penternakan ikan baung yang akan dilaksanakan di daerah Segamat oleh Jabatan Perikanan negeri dalam masa terdekat ini. Pada masa ini, di Johor telah mempunyai dua pusat pembenihan ikan air tawar, iaitu di Kulai dan Pontian.

“Menerusi peruntukan berkenaan, kita akan tambah baik serta wujudkan sebuah lagi pusat pembenihan berkenaan di Segamat. Dalam masa yang sama, kita juga akan membuka sebuah pusat penternakan ikan baung juga di Segamat yang mampu meningkatkan jumlah pengeluaran ikan tersebut,” katanya selepas program pelepasan 200,000 benih udang galah di Jeti Kampung Tekam, di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Perikanan negeri, Zainudin Abd. Wahab.

Zahari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap berkata, dengan adanya penambahbaikan dalam projek pembenihan ikan air tawar dan udang serta penternakan ikan baung berkenaan mampu mengurangkan pembelian benih dari negeri lain, sekali gus berpeluang untuk menjadi Johor sebagai pengeluar utama.

“Setiap tahun kita akan melepaskan antara 500,000 hingga 700,000 ekor ikan air tawar serta udang ke kawasan perairan di Johor.

“Saya dimaklumkan sekarang ini benih berkenaan tidak mencukupi dan kita terpaksa membelinya dari negeri lain,” katanya sambil memaklumkan hingga kini Jabatan Perikanan negeri telah melepaskan 500,000 ekor benih ikan air tawar dan udang di kawasan perairan negeri ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya