JKDM Kelantan rampas rokok seludup RM1.1 juta termasuk cukai

JKDM Kelantan rampas rokok seludup RM1.1 juta termasuk cukai

WAN Jamal Abdul Salam Wan Long
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas rokok seludup berjumlah RM1.1 juta termasuk cukai dalam dua serbuan berasingan di sini dan Tumpat pada 16 Jun lalu.

Dalam serbuan itu, JKDM Kelantan turut menahan tiga suspek dan merampas 571,800 batang rokok selain menyita empat buah lori serta dua kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipercayai digunakan untuk penyeldupan.

Pengarahnya, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, serbuan pertama pada pukul 8.30 pagi itu, JDKM Kelantan berjaya menahan seorang lelaki dan merampas 115 peti rokok seludup.

Menurutnya, hasil pemeriksaan yang dilakukan membawa kepada penemuan 150,000 batang rokok.

“Serbuan kedua pada hari yang sama di sebuah rumah di Kota Bharu, kita berjaya merampas 42 peti yang mengandungi 421,800 batang rokok seludup.

“Selain itu, dia suspek turut ditahan bersama sebuah lori dan dua buah MPV. Nilai kedua-dua rampasan termasuk cukai dianggarkan berjumlah RM1.1 juta,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wan Jamal Abdul Salam memberitahu, siastan awal mendapati modus operandi yang digunakan dengan membawa masuk rokok-rokok tersebut dari negara jiran melalui jalan laut atau sungai untuk diedarkan ke luar Kelantan. 

Katanya, disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya