Acryl Sani dilantik duta?

Acryl Sani dilantik duta?

ACRYL SANI ABDULLAH SANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dijangka meninggalkan jawatan nombor satu Polis Diraja Malaysia (PDRM) lebih awal meskipun kontraknya masih berbaki lima bulan lagi.

Acryl Sani yang sepatutnya menamatkan kontraknya pada Oktober ini dikatakan akan melepaskan jawatan itu pada 22 Jun ini dan difahamkan akan dilantik bagi mengisi kekosongan sebagai duta di sebuah negara di Eropah.

Berdasarkan pengalaman luas beliau, Acryl Sani sememangnya pegawai tertinggi kerajaan yang layak mengisi kekosongan perwakilan negara di luar negara itu.

Utusan Malaysia difahamkan, ketika ini pelbagai persediaan dilakukan bagi majlis paluan berundur Ketua Polis Negara itu.

Dalam pada itu, yang menjadi teka-teki ialah calon yang bakal memegang jawatan nombor satu PDRM selepas ini.

Mengikut tradisi, sudah pasti tugas menerajui pasukan itu akan diserahkan kepada timbalannya, iaitu Tan Sri Razarudin Hussain yang kontraknya telah disambung bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 16 Mac lalu sehingga 15 Mac 2025.

Utusan Malaysia difahamkan, Razarudin akan berlepas ke Mekah hari ini bagi menunaikan haji.

Sama ada kekosongan jawatan nombor satu PDRM akan dipangku sementara oleh pegawai tertinggi polis yang lain turut menjadi tanda tanya.

Selain itu, beberapa lagi pe­mimpin tertinggi polis turut layak untuk dilantik ke jawatan tersebut.

Antara yang disebut-sebut ialah Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Hazani Ghazali memandang­kan beliau merupakan pegawai paling senior dalam kalangan 10 pengarah yang ada ketika ini.

Pelantikan jawatan KPN dan timbalannya merupakan jawatan khas di bawah Perkara 140 (4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan yang tertakluk kepada per­kenan Yang di-Pertuan ­Agong. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN