PARLIMEN: Komitmen Persekutuan tangani masalah air Sabah

PARLIMEN: Komitmen Persekutuan tangani masalah air Sabah tidak jejas bidang kuasa negeri 

ARMIZAN MOHD. ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan Sabah sedang memuktamadkan senarai permintaan yang akan dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan bagi menyelesaikan masalah air di negeri itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, perkara itu akan dibawa kepada Perdana Menteri dan kementerian bertanggungjawab.

“Difahamkan, perundingan telah pun bermula sebaik sahaja komitmen (disuarakan) Perdana Menteri. Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sudah adakan perundingan dengan Kelantan.

“Sabah juga, kerajaan negeri tengah memuktamadkan ‘wishlist’ mereka untuk dikemukakan,” katanya pada waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Lo Su Fui [GRS-Tawau] yang mahu mengetahui komitmen Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan isu bekalan air di Sabah sebagaimana dinyatakan dalam Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan.

Pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya menyatakan komitmen kerajaan dalam usaha mengatasi masalah air yang dihadapi rakyat Sabah.

Kerajaan Persekutuan akan berusaha menangani masalah air di Kelantan dan Sabah, meskipun ia membabitkan perbelanjaan besar.

Mengulas lanjut, kata Armizan, komitmen Kerajaan Persekutuan menyelesaikan isu bekalan air di Sabah tidak akan mengganggu gugat hak, bidang kuasa dan kepentingan kerajaan negeri.

Katanya, perkara itu selari dengan Senarai IIA Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.

“Air adalah salah satu bidang kuasa negeri, (sebagaimana terkandung dalam) senarai II Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

“Jadi tidak perlu risau, Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Tambun (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) akan sentiasa menghormati hak dan juga kepentingan negeri termasuklah bidang kuasa tambahan kepada Sabah dan Sarawak,” katanya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya