Aidilfitri: Agong, Raja Permaisuri solat sunat di Masjid Negara - Utusan Malaysia

Aidilfitri: Agong, Raja Permaisuri solat sunat di Masjid Negara

AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah  menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara di sini hari ini.

Baginda berdua berangkat tiba di masjid pada pukul 8.15 pagi diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Solat sunat dipimpin Imam Besar Masjid Negara Ehsan Mohd Hosni. Turut menyertai solat raya itu ialah ahli  Jemaah Menteri serta Timbalan Menteri dan orang awam.

Khutbah Aidilfitri bertajuk “Aidilfitri Lebih Bererti” dibacakan Ehsan, antaranya menyeru umat Islam agar memanfaatkan keberkatan Aidilfitri untuk memperbaiki hubungan persaudaraan sesama anggota masyarakat.

Selain itu, umat Islam turut diseru untuk menyemai perasaan saling menyayangi, menghormati antara satu sama lain, toleransi dan hidup dalam kesepaduan yang utuh bagi membangunkan negara secara holistik.

Selepas selesai solat,  Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah dan Anwar  meluangkan masa beramah mesra dan bersalaman dengan jemaah.  – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.