PUTRAJAYA: Pelaksanaan sesi persekolahan bermula pada Januari akan mengambil masa beberapa tahun lagi untuk dikembalikan semula pada awal tahun sebagaimana diamalkan sebelum pandemik Covid-19. Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali, langkah itu bukan mudah untuk dilaksanakan dalam tempoh singkat kerana ia memerlukan pengorbanan semua pihak termasuk cuti persekolahan. Apatah lagi, katanya, jumlah hari persekolahan tidak boleh kurang daripada 190 hari sebagaimana ditetapkan dalam Akta Pendidikan 1996. “Jika mahu dikembalikan…










