Pahang sumbang barangan keperluan asas kepada mangsa banjir di Parit Sulong, Batu Pahat - Utusan Malaysia

Pahang sumbang barangan keperluan asas kepada mangsa banjir di Parit Sulong, Batu Pahat

WAN ROSDY Wan Ismail (tengah) melepaskan konvoi Misi Bantuan Kemanusiaan Pahang Prihatin Ke Daerah Parit Sulong dan Batu Pahat, Johor di pekarangan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) di Kuantan, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pahang menyumbangkan RM50,000 dalam bentuk barangan keperluan asas seperti selimut tebal, tikar, kit kebersihan, lampin kanak-kanak dan air mineral kepada mangsa terjejas banjir di daerah Parit Sulong dan Batu Pahat, Johor.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia merupakan permintaan khas daripada dua kawasan tersebut yang teruk terjejas ekoran musibah berkenaan.

“Sumbangan berbentuk barangan ini kita rasa perlu untuk mangsa-mangsa banjir sebagai tanda ingatan kita supaya dapat meringankan beban yang mereka rasa ketika berada di pusat perpindahan sementara (PPS).

“Saya harap mereka dapat menerima bantuan yang seadanya ini,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan pelepasan Misi Bantuan Kemanusiaan Pahang Prihatin Ke Daerah Parit Sulong, Batu Pahat Johor di pekarangan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) di sini.

Mengulas lanjut, Wan Rosdy berkata, beliau cukup memahami situasi dialami mangsa terjejas banjir di dua daerah berkenaan berikutan kejadian sama turut melanda negeri ini, saban tahun.

Beliau berkata, negeri ini juga berhasrat menghantar sukarelawan bagi membantu kerja-kerja pembersihan pasca banjir di Johor.

“Namun, kita akan memberikan tumpuan dan keutamaan untuk menghantar sukarelawan untuk membersihkan rumah-rumah yang terkena banjir di Rompin terlebih dahulu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.