Marquez, Acosta dapat jentera utama

Marquez, Acosta dapat jentera utama

MARC Marquez. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ducati bakal memasuki era baharu MotoGP 850cc dengan pembahagian spesifikasi jentera yang tidak sama rata apabila empat motosikal versi kilang disediakan, manakala dua lagi menggunakan spesifikasi lebih rendah pada permulaan musim 2027.

Marc Marquez dan Pedro Acosta yang bakal menjadi rakan sepasukan dalam skuad kilang Lenovo akan menggunakan dua jentera spesifikasi kilang, manakala masing-masing satu jentera sama turut disediakan untuk VR46 dan Gresini.

Pengumuman itu dibuat pengurus besar Ducati, Gigi Dall’Igna ketika pasukan berkenaan masih meraikan kejayaan Marc Marquez, sekali gus memberi gambaran bahawa keutamaan pembangunan awal bakal tertumpu kepada jentera pasukan utama dan wakil terpilih.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ducati akan terus menurunkan enam jentera menerusi pasukan Lenovo, VR46 dan Gresini, namun tidak semua pelumba menerima pakej teknikal setara ketika peralihan kepada enjin 850cc serta tayar Pirelli.

“Kami mempunyai empat jentera spesifikasi kilang tahun depan dan dua jentera dengan spesifikasi lebih rendah, kami pasti akan mengembangkan spesifikasi jentera satelit itu kemudian,” kata Dall’Igna kepada Sky Italia.

Dall’Igna turut menjangkakan musim pertama era baharu itu akan menyaksikan perubahan teknikal berterusan, malah perkembangan jentera mungkin berlaku dalam skala besar sepanjang kempen bergantung kepada keputusan pasukan.

“Pada saya, tahun pertama akan menyaksikan evolusi berterusan, malah agak besar, dan kami akan menentukan sepanjang perjalanan bagaimana menguruskan perkembangan ini,” katanya.

VR46 sebelum ini mengesahkan pelumba baharu mereka, Fermin Aldeguer, akan menerima jentera Ducati Desmosedici GP spesifikasi kilang, sementara Gresini turut mengesahkan Joan Mir akan mendapat jentera rasmi dalam garaj pasukan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini