Jualan lemang dapat sambutan sempena Ramadan - Utusan Malaysia

Jualan lemang dapat sambutan sempena Ramadan

ZAINAL Abdullah (kanan) bersama tiga orang sahabatnya memasak lemang di gerai mereka yang terletak di Kampung Pantai, Seremban.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sempena ketibaan bulan Ramadan, jualan lemang juga menerima sambutan menggalakkan lebih-lebih lagi ia sememangnya menjadi juadah dicari-cari sewaktu tradisi Mantai yang lazimnya dijalankan penduduk Negeri Sembilan.

Seorang pengusaha lemang di Kampung Pantai di sini, Zainal Abdullah, 41, berkata, tahun ini dia bersama tiga orang sahabatnya yang lain telah memasak lebih 1,000 batang lemang dalam tempoh dua hari bagi persediaan permintaan menjelang Ramadan.

“Lemang memang menjadi juadah wajib di negeri ini menjelang Ramadan. Kami telah menyediakan lebih 1,000 batang lemang dan kebanyakannya memang sudah ditempah pelanggan.

“Kami menjualnya pada harga berpatutan iaitu bermula RM13 sehingga RM15 sebatang. Kami juga turut menjual rendang ayam dan daging untuk dimakan bersama lemang,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Zainal berkata, dia bersama sahabatnya iaitu Mohd. Afendey Yusof, 43, Roslan Abd, Rahim, 42, dan Hafiz Bisyar, 39, telah mengusahakan jualan lemang itu sejak tujuh tahun lalu. 

“Kami memilih menjual di kampung ini yang terletak di jalan utama menghubungkan daerah Seremban dan Jelebu serta menjadi menjadi tumpuan ramai untuk mencari lemang pada hari Mantai.

“Jalan ini sering dilalui orang ramai terutama sewaktu musim Mantai ini kerana ada yang pulang ke Jelebu serta ke Pahang. Ia menjadi laluan strategik untuk pelanggan membeli juadah lemang dan rendang” katanya memperoleh batang buluh di hutan berhampiran rumahnya di kampung itu.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya