J-Force MPK kuat kuasa operasi tanpa rayuan sepanjang Mac - Utusan Malaysia

J-Force MPK kuat kuasa operasi tanpa rayuan sepanjang Mac

J-Force
NORAINI Roslan berucap dalam mesyuarat penuh bulanan MPK di Klang, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Tiada pengurangan kompaun diberikan kepada individu yang melakukan kesalahan menyebabkan kekotoran dan pembuangan sisa pepejal tidak terkawal.

Amaran tersebut diberikan Majlis Perbandaran Klang kepada individu yang melakukan kesalahan demikian ketika pasukan khas penguat kuasanya, J-Force MPK melaksanakan operasi sepanjang Mac ini.

Yang Dipertuanya, Noraini Roslan berkata, pasukan tersebut akan melaksanakan operasi dengan kerjasama strategik pelbagai jabatan untuk melaksanakan penguat kuasaan secara berkesan pada esok hingga 31 Mac.

“Dengan aspirasi Kebersihan Tanggungjawab Bersama, J-Force kali ini memberi tumpuan utama kepada pemantauan dan tindakan penguatkuasaan terhadap kesalahan tidak menjaga kebersihan menyebabkan kekotoran dan pembuangan sisa pepejal tidak terkawal.

“Modus Operandi J-Force kali ini, pembahagian kumpulan terdiri daripada J-Force Alpha, Beta, Charlie, Delta yang melibatkan seramai 104 anggota. Waktu Operasi adalah pada setiap hari pukul 8 pagi hingga pukul 12 malam,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Penuh Bulanan Februari MPK hari ini.

Beliau menjelaskan, kumpulan sasaran untuk operasi pembuangan sampah pepejal ini adalah pihak industri atau kilang, perniagaan, penjaja, perumahan, aset dan gerai MPK.

Menurut Noraini, kawasan operasi dikenalpast adalahi di Klang Utara dan Klang Selatan seperti Taman Sri Andalas, Taman Sentosa, Taman Eng Ann dan Meru dan tindakan tersebut akan dibuat mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan Undang-Undang Kecil Taman (Majlis Perbandaran Klang) 2005.

Selain itu, tindakan turut dibuat di bawah Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap MPK 2007,Undang-Undang Kecil Penjaja MPK 2007 serta Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan MPK 2007.

“Pelaporan secara in-situ menggunakan Sistem Pelaporan Sistem Maklumat Geografi (GIS),” katanya. Antara jabatan yang terlibat adalah Jabatan Penguatkuasa,Jabatan Pengurusan Harta, Jabatan Pelesenan Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Kesihatan, dan Jabatan Bangunan.

“Selain itu, Jabatan Taman dan Rekreasi, Jabatan Perkhidmatan Persekitaran, Jabatan Pengurusan Pasar dan Penjaja turut terlibat sama,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya