1,076 graduan DRB-Hicom U diraikan dalam Majlis Konvokesyen ketujuh - Utusan Malaysia

1,076 graduan DRB-Hicom U diraikan dalam Majlis Konvokesyen ketujuh

SYED FAISAL Albar (kiri) menyempurnakan sesi pertama Majlis Konvokesyen Universiti Automotif Malaysia DRB-Hicom (DRB-Hicom U) di Pekan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Seramai 1,076 graduan diraikan dalam Majlis Konvokesyen Universiti Automotif Malaysia DRB-Hicom (DRB-Hicom U) kali ketujuh selama dua hari bermula Sabtu lalu.

Ia membabitkan graduan doktor falsafah (PhD), ijazah sarjana dan sarjana muda, diploma, sijil profesional serta sijil kemahiran.

Majlis konvokesyen itu pertama kali diadakan secara fizikal selepas ia tidak dilaksanakan selama tiga tahun berikutan pandemik Covid 19.

Ia dilaksanakan tiga sesi dengan penyampaian skrol kepada graduan sesi pertama disempurnakan Pengerusi Lembaga, Gabenor Datuk Seri Syed Faisal Albar manakala sesi kedua dan ketiga oleh Naib Canselor DRB Hicom U, Profesor Datuk Sr. Dr. Omar Osman.

Sementara itu, Omar dalam ucapannya berkata, pihak universiti menganugerahkan tujuh PhD buat pertama kalinya dalam konvokesyen terbabit.

“Insya-Allah kita akan melihat lebih ramai graduan PhD dihasilkan oleh universiti ini selaras dengan usaha universiti dalam pelaksanaan jaringan penyelidikan antara pihak universiti, kerajaan dan swasta,” katanya.

Beliau dalam masa sama turut menyeru graduan agar terus berusaha menimba ilmu sekali gus membuka peluang kepada mereka untuk mencapai segala impian mereka.

Selain PhD, majlis konvokesyen terbabit turut menyaksikan penyampaian anugerah lain seperti Anugerah Hadiah Buku, Anugerah Khas, Anugerah Naib Canselor, Anugerah Pengerusi dan Anugerah Canselor kepada 75 graduan tahun 2020, 2021 dan 2022.

Omar juga berkata, sehingga kini, 34 program akademik di DRB-Hicom U sudah diberi akreditasi penuh dengan empat program baharu dijangka diiktiraf pada suku pertama tahun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya