Raja Muda Perlis seru aspek kebersihan diberi penekanan utama

Raja Muda Perlis seru aspek kebersihan diberi penekanan utama

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (dua dari kanan) berkenan berangkat menyerahkan sumbangan zakat MAIPs kepada Masjid Raya Nur Ilahi Provinsi Kepulauan Riau, Dompak Bukit Bestari, Tanjung Pinang, Indonesia, hari ini.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru agar aspek kebersihan terus diberikan penekanan utama untuk menarik lebih banyak pelancong ke negeri ini.

Titah baginda, segenap lapisan masyarakat dan semua pihak di negeri ini mestilah saling bekerjasama untuk merealisasikan usaha tersebut.

“Setiap anggota masyarakat juga perlu bersama-sama memainkan peranan untuk mengubah sikap dalam meningkatkan amalan kebersihan masing-masing.

“Ia terutama dalam aspek penjagaan alam sekitar dan premis makanan seperti kedai, warung, restoran dan lain-lain lagi. Premis-premis ini wajar memastikan kualiti kebersihan dan perkhidmatan jualan makanan berada pada tahap yang tertinggi sejajar dengan dinamik semasa dan harapan pelanggan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bernilai USD112 kepada Masjid Raya Nur Ilahi Provinsi Kepulauan Riau, Dompak Bukit Bestari, Tanjung Pinang, Indonesia hari ini.

Sumbangan tersebut diterima oleh ketua pengurusan masjid tersebut, Dr H. Handralin.

Berangkat sama mengiring baginda ialah anakanda-anakanda baginda iaitu Sharifah Khatreena Nuraniah dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin turut menyarankan pihak berkuasa memperketatkan lagi tahap penguatkuasaan terutama sekali dalam kecekapan dan keberkesanan tindakan terhadap mereka yang mencemarkan alam sekitar di negeri ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.