Bakat muda Croatia tunggu meledak

Bakat muda Croatia tunggu meledak

PEMAIN-pemain Croatia meraikan kejayaan menduduki tempat ketiga selepas menewaskan Maghribi 2-1 dalam penentuan playoff Piala Dunia Qatar di Stadium Antarabangsa Khalifa, Doha, kelmarin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Jurulatih Croatia, Zlatko Dalic menegaskan, kejayaan pasukannya menamatkan saingan Piala Dunia di tempat ketiga tidak menandakan ‘era emas’ mereka telah berakhir.

Tambahnya, Croatia juga tidak perlu takut tentang masa depan pasukan kerana masih memiliki pemain-pemain muda yang berbakat.

“Kami mempunyai ramai pemain di bangku simpanan tetapi mereka tidak akan dapat me­nunjukkan prestasi yang baik tanpa pemain yang lebih tua.

“Pemain yang lebih tua menanam keyakinan dan membenarkan mereka berkembang serta matang. Kami mempunyai sekolah bola sepak yang hebat untuk masa depan. Croatia tidak perlu takut memikirkan tentang pasukan kebangsaannya.

“Adakah ini penghujung era atau generasi? Saya rasa tidak. Kami mempunyai Liga Negara-negara dan kelayakan ke Euro pada 2024, itulah yang menanti kami.

“Terdapat empat pemain dari Liga Croatia dalam pasukan ini dan saya percaya Croatia mempunyai masa depan yang cerah,” jelasnya

Croatia berjaya mengatasi Maghribi 2-1, kelmarin untuk meraih tempat ketiga di Qatar, empat tahun selepas menjadi naib juara ketika Russia menjadi tuan rumah.

Meskipun Croatia hanya sebuah negara dengan populasi kira-kira empat juta penduduk tetapi mereka telah melahirkan pasukan bola sepak yang luar biasa sejak mencapai kemerdekaan daripada Yugoslavia pada tahun 1990.

Luka Modric, Ivan Perisic dan Dejan Lovren telah bersama pa­su­kan selama bertahun-tahun.

Begitupun, Modric serta Lovren telah mengesahkan tidak akan bermain pada Piala Dunia 2026, namun ia akan menjadi kejutan besar jika Perisic terus kekal dalam pasukan.

“Ya, ini adalah Piala Dunia terakhir untuk beberapa pemain saya kerana usia mereka dan beberapa aspek lain tetapi kami masih mempunyai pemain muda berbakat,” kata Dalic. – Agensi/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya