Varane semakin cergas

Varane semakin cergas

Skuad Perancis diketuai Kylian Mbappe (empat dari kiri) mengambil bahagian dalam sesi latihan di Stadium Jassim Bin Hamad, Doha, semalam. Perancis akan turun menentang Denmark malam ini. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Perancis berpeluang untuk mengesahkan tiket ke pusingan kedua Piala Dunia lebih awal apabila berentap dengan Denmark bagi aksi kedua peringkat Kumpulan D hari ini.

Les Blues membelasah Australia 4-1 dalam aksi perlawanan pembukaan kumpulan tempoh hari, sekali gus melaung amaran bakal menjadi antara pencabar utama untuk edisi kali ini biarpun terpaksa melupakan beberapa bintang utama seperti Paul Pogba dan Karim Benzema.

Bagaimanapun, ketiadaan penggempur utama Real Madrid itu membuka ruang buat penyerang tinggi lampai, Olivier Giroud untuk menyinar apabila cemerlang meledak dua gol dan hanya memerlukan satu gol sahaja lagi untuk melepasi rekod terbaik legenda, Thierry Henry yang menjaringkan 52 gol untuk skuad Perancis.

“Saya cuba untuk tidak terlalu memikirkan tentang rekod itu, kerana tugas saya yang utama adalah membantu pasukan untuk memberikan yang terbaik dan mencapai kemenangan,” jelas Giroud selepas sidang media perlawanan antara Perancis dan Australia tempohari.

Kemenangan bakal menjamin Perancis ke pusingan kedua, dan ia akan menjadi lebih baik seandainya satu lagi perlawanan dalam Kumpulan D antara Tunisia dan Australia berakhir dengan keputusan seri, akan menjadi Perancis menjadi juara kumpulan.

Perancis mungkin terpaksa melupakan khidmat pemain pertahanan kiri, Lucas Hernandez selepas pemain itu mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) ketika menentang Australia pada Selasa, dan kekosongan itu bakal digantikan abangnya, Theo Hernandez.

Selain itu, pengendali pasukan, Didier Deschamps juga mungkin terpaksa melupakan khidmat Kingsley Coman kerana menghadapi kecederaan pinggang, namun berita gembira di kem Les Blues, Raphael Varane dilaporkan semakin cergas dan bakal beraksi menentang Denmark. – Agensi/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya