PRU15: Zahida dalam edah, jentera Padang Besar  bantu kempen

PRU15: Zahida dalam edah, jentera Padang Besar  bantu kempen

Datuk Zahida Zarik Khan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Jentera parti UMNO di Padang Besar akan membantu Datuk Zahida Zarik Khan yang tidak dapat menyertai kempen PRU15 kerana masih berada dalam tempoh edah.

Ketua Puteri UMNO itu masih berada dalam tempoh edah selama empat bulan 10 hari sebagaimana yang ditetapkan hukum Islam bila seseorang wanita kematian suami. 

Suami kepada Zahida  meninggal dunia pada pertengahan Ogos lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Azizan Sulaiman berkata, jentera parti sedia untuk terus memberi komitmen penuh bagi memastikan calon Barisan Nasional (BN) menang di Parlimen Padang Besar.

Meskipun timbul isu Zahida sebagai calon luar namun kata Azizan, perkara itu tidak memberi kesan terlalu besar kerana apa yang penting parti berjaya mencapai kemenangan.

“Setakat sekarang tidak ada  masalah  dari segi sabotaj dan sebagainya. Mungkin ada namun tidak ketara. Kita ada berjumpa jawatankuasa Wanita dan Puteri Bahagian dan mereka sedia membantu bagi memastikan kemenangan,” katanya.

PADANG BESAR

Zahida diumumkan sebagai calon BN Parlimen Padang Besar bagi menggantikan penyandang yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Zahidi menguasai Parlimen Padang Besar sejak dua penggal iaitu pada Pilihan Raya Umum 2013 dan 2018. Sebelum itu, pada pilihan raya umum 1999 dan 2004, Zahidi menjadi penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Beseri.

Pada PRU14, Zahidi memenangi kerusi Parlimen Padang Besar dengan majoriti 1,438 menerusi pertembungan tiga penjuru melawan calon PKR, Izizam Ibrahim dan Pas, Mokhtar Senik. Zahidi mendapat sebanyak 15,032 undi manakala Izizam 13,594 dan Mokhtar 7,874 undi.

Tambah Azizan yang juga calon DUN Santan,  dalam keadaan Zahida masih berada dalam tempoh edah, banyak kaedah kempen disusun terutama menggunakan platform media maya.

“Terdapat juga kumpulan-kumpulan membantu, bagi memastikan dia (Zahida) dikenali di semua kawasan DUN dalam Parlimen Padang Besar ini,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN