PRU15: Utusan Malaysia, FMT, China Press jalin kerjasama

PRU15: Utusan Malaysia, FMT, China Press jalin kerjasama

malaysia mengundi pru15
Malaysia Mengundi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Akhbar Utusan Malaysia milik Media Mulia Sdn. Bhd. (Media Mulia) menjalinkan kerjasama strategik bersama portal, Free Malaysia Today (FMT) dan akhbar berbahasa Cina, China Press bagi menyiarkan laporan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) secara menyeluruh untuk rakyat.

Jenama akhbar ini akan berkolaborasi bersama portal berita FMT dan China Press untuk perkongsian kandungan eksekutif yang merangkumi wawancara, laporan berita siaran langsung dan gambar dari seluruh negara.

Langkah itu secara langsung memberi ruang kepada para pembaca untuk memperoleh laporan, analisis dan berita terkini PRU15 yang lebih mendalam.

Pengarang Kumpulan Media Media, Mohamad Azlan Jaafar berkata, pihaknya amat berbangga dalam menjalinkan kerjasama dengan FMT untuk memastikan liputan berita terbaik untuk semua pembaca.

“Ini akan membolehkan pembaca kami dari semua lapisan masyarakat memperoleh perspektif dan pandangan yang lebih baik mengenai PRU15,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pengarang Eksekutif China Press, Lim Meng Piew berkata, mereka sentiasa menantikan kerjasama itu dengan ianya dilihat dapat memberi pelbagai manfaat kepada pelbagai rakyat Malaysia.

“Saya percaya bahawa kerjasama ini akan memberi manfaat kepada pembaca kami dan memastikan mereka mendapat liputan terbaik mengenai pilihan raya terbesar yang belum pernah disaksikan di negara ini,” katanya.

Menurut Pengarang Berita FMT, Robin Augustin berkata, kerjasama dengan Utusan Malaysia dan China Press itu akan membantu pembaca untuk mendapatkan liputan menyeluruh mengenai perjalanan pilihan raya.

“Ia akan menjadi pilihan raya yang hangat dipertandingkan dan kami menjangkakan banyak program di seluruh negara, justeru kerjasama ini akan membolehkan kami memberikan pembaca kami terhadap liputan terbaik dari lapangan,” katanya.

Pautan ke laman web khusus PRU15 Utusan Malaysia, FMT dan China Press boleh didapati di sini: Utusan Malaysia –  https://www.utusan.com.my/pru15/, FMT – https://malaysiavotes.freemalaysiatoday.com dan China Press – https://live.chinapress.com.my/ge15/. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.