Longkang tersumbat punca pembiakan aedes dan bau busuk - Utusan Malaysia

Longkang tersumbat punca pembiakan aedes dan bau busuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kelewatan pihak berkuasa tempatan (PBT) menangani masalah longkang tersumbat akibat sisa kerja pembaikan paip air mencetuskan keresahan penduduk di Jalan Bakawali 45, Taman Johor Jaya, di sini.

Seorang penduduk, Siew Fui See, 52, berkata, masalah itu bermula sejurus kerja-kerja pembaikan paip bocor milik jirannya selesai, dua bulan lalu.

Katanya, berlaku longgokan tanah di tapak projek sehingga menyebabkan takungan air berbau busuk dan menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Longgokan tanah yang mengalir ketika hujan menyebabkan longkang tersumbat dan menyekat aliran air. Dahulu air di longkang ini lancar termasuklah ketika hujan lebat.

“Tetapi sejak dua bulan lalu ia bertakung dan ditumbuhi lumut tebal. Lebih membimbangkan, kami mula melihat jentik-jentik nyamuk Aedes di kawasan takungan air itu menyebabkan kami bimbang ancaman denggi.

“Manakala apabila hari tidak hujan, longkang ini mengeluarkan bau yang amat busuk sehingga mengganggu keselesaan penduduk di kawasan berhampiran,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pusat Komuniti DAP Johor Jaya, Lee Wern Yiing.

Sementara itu, Fui See yang bekerja sebagai guru tuisyen memberitahu, dia telah mengemukakan lima aduan rasmi kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sejak 26 Ogos lalu.

Bagaimanapun katanya, tiada sebarang tindakan penyek yang diambil pihak berkuasa tempatan berkenaan sehingga memaksanya mengadakan sidang akhbar bagi mencari penyelesaian.

Sementara itu, Ahli Majlis MBJB, Tan Tuan Peng ketika dihubungi memberi jaminan akan menyiasat aduan berkenaan dan membantu penduduk terjejas menyelesaikan isu tersebut secepat mungkin.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini