Objek misteri ditemukan di ladang jagung Minnesota - Utusan Malaysia

Objek misteri ditemukan di ladang jagung Minnesota

OBJEK misteri yang ditemukan di kawasan tanaman jagung di Minnesota. - Pejabat Syerif Daerah Stevens
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pihak berkuasa dan ejen persekutuan berkejar ke sebuah ladang di sini selepas menerima laporan berhubung penemuan satu objek logam misteri berdiameter kira-kira 3.3 meter di kawasan tanaman jagung di negeri Minnesota.

Objek bersaiz besar itu ditemukan oleh beberapa petani tempatan di Scott Township ketika mereka sedang menjalankan kerja-kerja menuai hasil ladang.

Menurut Pejabat Syerif Daerah Stevens, laporan rasmi berhubung penemuan objek berke­naan diterima pada 14 Oktober lalu kira-kira jam 3.30 petang waktu tempatan sebelum tindakan susulan diambil bersama pelbagai agensi keselamatan persekutuan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bahagian bawah objek berk­naan kelihatan mempunyai kesan terbakar. 

Rakaman video yang dikongsi oleh penduduk tempatan me­nunjukkan dua kenderaan rasmi berwarna hitam berhampiran lokasi kejadian ketika pegawai pemeriksaan sedang meneliti objek tersebut.

Penemuan itu kemudian dilaporkan kepada Pegawai Bertugas Minnesota, sekali gus mencetuskan penglibatan beberapa agensi persekutuan untuk tindakan lanjut. 

Pihak berkuasa sejak itu telah memindahkan objek berkenaan ke lokasi yang selamat.

Syerif Daerah Stevens, Jason Dingman berkata, disebabkan insiden tersebut masih dalam siasatan, beliau tidak dapat mendedahkan agensi persekutuan yang terlibat secara khusus.

“Terdapat beberapa agensi berbeza yang sedang membantu menentukan asal usul objek ini,” kata Dingman.

Sementara itu, seorang penduduk Chokio, Tena Wilts memberitahu portal Star Tribune bahawa beliau mengetahui tentang objek tersebut ketika dalam perjalanan ke rumah ibu bapanya yang terletak berhampiran ladang tersebut.

Pihak berkuasa memberitahu stesen berita KARE 11 bahawa nombor siri pada objek berkenaan masih jelas kelihatan, sekali gus memberi ruang kepada pihak penyiasat untuk mengesan pengeluar atau pemilik asalnya. 

Pihak berkuasa turut mengesahkan penemuan itu tidak mendatangkan sebarang bahaya kepada orang awam. 

Menurut agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), serpihan angkasa adalah antaranya me­rangkumi satelit yang tidak lagi berfungsi dan peringkat roket terpakai.

Bagaimanapun, sebahagian objek ini akhirnya akan jatuh kembali ke Bumi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini