PN atau PH bentuk kerajaan

PN atau PH bentuk kerajaan

Beberapa pemimpin GPS meninggalkan Istana Negara.n
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia dijangka membentuk kerajaan baharu melibatkan gabungan beberapa parti secara persetujuan bersama berikutan ketiadaan majoriti mudah, selaras titah yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, semalam.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka turut menitahkan gabungan parti politik itu mengemukakan nama seorang ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata, semua ketua parti dan gabungan politik yang mempunyai jumlah kerusi banyak perlu memaklumkan persetujuan penggabungan sesama mereka bagi pembentukan kerajaan yang baharu kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat selewat-lewatnya pukul 2 petang hari ini.

Katanya, dokumen keputusan rasmi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang diterima daripada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh menyatakan tiada parti memperoleh majoriti mudah kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

“Bagi menjunjung titah Seri Paduka, Istana Negara meminta kerjasama Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun untuk memohon kepada ketua parti dan gabungan politik yang mempunyai jumlah kerusi banyak untuk memaklumkan mengenai gabungan parti politik telah dipersetujui antara parti atau gabungan politik bagi pembentukan kerajaan baharu pasca PRU15.

“Ketua parti-parti politik dan ketua gabungan parti-parti politik tersebut akan diminta oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk memaklumkan mengenai gabungan parti-parti politik yang dipersetujui masing-masing serta mengemukakan nama seorang ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat berikutan gabungan parti-parti politik tersebut untuk menjadi calon Perdana Menteri Malaysia kepada Istana Negara sebelum pukul 2 petang, esok.

“Selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, adalah dimaklumkan juga bahawa titah perkenan dan keputusan Seri Paduka Baginda berkenaan pembentukan kerajaan baharu dan pelantikan Perdana Menteri menerusi proses yang telah dijelaskan adalah muktamad,” katanya dalam kenyataan semalam.

Keputusan rasmi PRU15 kelmarin menyaksikan Pakatan Harapan (PH) hanya menang 82 kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) pula 73, Barisan Nasional (BN) 30 kerusi, Gabungan Parti Sarawak (22), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Parti Warisan Sabah (tiga), Parti Kesejateraan Demokratik Malaysia (KDM) (satu), Parti Bangsa Malaysia (satu) dan Bebas (dua).

Perkembangan itu jelas menunjukkan tiada parti memperolehi majoriti untuk membentuk kerajaan sekali gus memerlukan kerjasama gabungan atau parti lain

Dalam pada itu, Ahmad Fadil berkata, Seri Paduka menitahkan agar rakyat dan ketua parti-parti politik agar akur dan menghormati proses demokrasi serta menerima keputusan PRU15 dengan tenang serta berlapang dada demi menjaga keutuhan negara kerana negara ini umpama harta pusaka di mana para pemimpin adalah pemegang amanahnya.

“Seri Paduka turut mengingatkan bahawa negara memerlukan sebuah kerajaan yang stabil, berwibawa dan berintegriti untuk menjaga kemaslahatan rakyat dan memacu agenda kesejahteraan negara.

“Seri Paduka turut mengajak rakyat untuk bersama mendoakan semoga proses pembentukan kerajaan baharu ini dipermudahkan dan berjalan lancar demi kepentingan dan kemakmuran negara.

Keputusan PRU15 kelmarin mengejutkan pelbagai pihak apabila tiada parti mampu membentuk kerajaan meskipun PH dikatakan boleh membentuk kerajaan minoriti selepas menang 82 kerusi, namun pembentukan itu dilihat rapuh dan memerlukan kerjasama gabungan atau parti untuk mencapai majoriti mudah 112 kerusi Parlimen.

Selain GPS dan GRS, BN turut disifatkan sebagai penentu utama untuk mencukupkan angka majoriti mudah membentuk kerajaan Pusat.

Pun begitu, kekuatan Warisan, KDM, PBM dan Bebas tidak boleh pandang rendah kerana sokongan amat diperlukan sama ada oleh PN atau PH untuk menubuhkan kerajaan stabil.

Terdapat enam kemungkinan kerajaan campuran berlaku iaitu yang pertama PH dan PH boleh membentuk 155 kerusi, situasi kedua PH bersama BN (112) seterusnya PH bergabung dengan BN dan Warisan (115), PN+BN+GPS+GRS (131), PH+GPS+GRS+Warisan (113) dan PH+BN+GPS+GRS (140). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN