Pemain Arab Saudi dapat Rolls Royce

Pemain Arab Saudi dapat Rolls Royce

PEMERINTAH Arab Saudi dikatakan menghadiahkan kereta Rolls Royce kepada pemain skuad kebangsaan negara itu atas kejayaan menewaskan Argentina dalam Piala Dunia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pemain Arab Saudi bakal menerima sebuah Rolls Royces Phantom setiap seorang selepas kejayaan mengejutkan Argentina 2-1 pada Piala Dunia Qatar 2022.

Menerusi kejayaan bersejarah pada Piala Dunia menentang Argentina yang diketuai Leonel Messi, skuad Arab Saudi sewajarnya meraikan kejayaan dan bergembira.

Selepas kemenangan mengatasi skuad dari Amerika Selatan itu, Arab Saudi yang terkenal dengan jolokan Green Falcons kini memiliki tiga mata dan tempat pertama dalam Kumpulan C.

Untuk rekod, Arab Saudi mencipta sejarah menjadi pasukan Asia pertama menang menentang Argentina menerusi dua gol, menang perlawanan pembukaan Piala Dunia dan kali pertama menewaskan skuad La Albiceleste.

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman Al Saud dikatakan memberikan setiap pemain sebuah Rolls Royce Phantom berikutan persembahan cemerlang menentang Argentina.

Pemberian mewah itu mendapat perhatian di Twitter dan seorang ahli perniagaan India, Suhel Seth, menjadi antara terawal memuat naik kenyataan di laman sosial itu bahawa setiap pemain Arab Saudi menerima sebuah Rolls Royce daripada Putera Salman.

Pempengaruh media sosial terkenal, Awab Alvi yang juga seorang doktor gigi turut mendakwa semua pemain Arab Saudi menerima Rolls Royce Phantom itu.– AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.