Jepun buru slot 16 akhir

Jepun buru slot 16 akhir

Penjaga gol Jepun, Eiji Kawashima (kanan) bersaing dengan rakan sepasukan dalam latihan di Al Sadd SC, Doha, semalam menjelang pertemuan menentang Costa Rica, esok. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Pengurus pasukan Je­pun, Hajime Moriyasu menjadikan perlawanan menentang Costa Rica sebagai batu loncatan untuk ke saingan 16 akhir.

Beliau berkata, seperti mana mereka melakukan ke atas Jerman, perkara yang sama akan diterjemahkan dalam padang apabila menentang lawan, esok.

“Apa kami fikir ketika ini adalah perlawanan yang ada di hadapan dan kami akan bermain seperti mana sebelum ini.

“Semasa hari permainan, kami akan meraikannya jika menang atau kecewa sekiranya kalah tetapi apa Jepun selalu fikirkan adalah apa yang boleh dilakukan untuk perlawanan seterusnya dalam cara positif,” kata Moriyasu yang menekankan perlawanan dengan Jerman adalah perkara yang sudah berlalu.

Jepun mengejutkan peminat di serata dunia apabila dua pemainnya, Ritsu Doan dan Takamu Asano mengecewakan Jerman yang hanya menjaringkan satu gol melalui sepakan penalti oleh Ilkay Gundogan.

Mengulas lanjut, Moriyasu berkata, kejayaan menewaskan Jerman memberi ketenangan kepada pasukan, malah lebih bersedia menentang Costa Rica yang sebelum ini diratah 7-0 oleh Sepanyol semasa perlawanan pembukaan mereka.

Sementara itu, pemain pertahanan Jepun, Yuto Nagatomo berkata, pasukannya sedia untuk mengeksploitasi ju­rang yang dihadapi Costa Rica pada masa ini.

Katanya, beliau percaya The Blue Samurai mempunyai taktik dan cara permainan yang serba boleh sehingga akan menyebabkan pasukan lawan sukar membaca segala taktikal dilakukan.

“Secara taktikal, kami sudah menjadi pasukan di mana tidak akan kelihatan aneh, yang menjadikan setiap pemain boleh bermain di posisi apa sekali pun. Saya rasa, sekarang sukar untuk pihak lawan menganalisis cara permainan kami dan mereka akan menemui jalan buntu,” katanya. – Agensi/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.